Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, saya sebenarnya sudah terlalu bosan dengan pelbagai karenah pemimpin-pemimpin BN yang diterajui UMNO. Semasa masih budak-budak dahulu, saya sangat mempercayai apa yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin. Mungkin kerana waktu itu saya hanya bergantung kepada media arus perdana. Berita Harian, Utusan Malaysia, RTM, TV dan pelbagai media yang dimanipulasikan oleh kerajaan.
Hari ini pandangan dan cara saya berfikir tidak sama lagi. Setelah lama menilai ucapan dan tingkah laku pemimpin-pemimpin kerajaan, ternyata, apa yang mereka ungkapkan, banyak yang palsu. Pemimpin-pemimpin kita mudah sangat menabur janji. Cakap tak serupa bikin. Rakyat rupanya ditipu sekian lama oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan kompoenannya. Saya tidak lagi menghormati mereka. Ada pemimpin jujur. Tapi jika masuk dalam kelompok atau golongan putar belit, akhirnya dia akan menjadi putar belit. Perjuangan asal untuk membela rakyat dan kaum yang diwakili dilakukan ala kadar sahaja, Yang penting bagi mereka jaga kantong dan kocek sendiri. Mulalah mereka menjauhkan diri daripada rakyat. Takut harta terkikis. Orang politik ini bila-bila masa akan dibuang, ambillah kesempatan yang ada. Inlah trend yang diamalkan oleh BN dan UMNO.
Sehingga hari ini, saya masih belum nampak ada program menerapkan nilai-nilai moral dalam diri pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak hairanlah parti itu penuh dengan rasuah dan amalan-amalan tidak bermoral. Dalam kalangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti fitnah berleluasa. Rasuah menjadi budaya. Projek-projek menjadi matlamat perjuangan disebalik gagasan untuk membela rakyat. Saya fikir sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersatu hati menukarkan kerajaan yang ada pada hari ini. Oleh kerana terlalu lama berkuasa menjadikan mereka begitu kebal, dan sukar dikritik. Pandangan rakyat marhean tidak dihiraukan.
Keadaan kucar-kacir di Perak, jenayah yang berleluasa, keruntuhan moral dan pelbagai gejala negatif dalam negara adalah kerana kelemahan pentadbiran BN yang berlandaskan undang-undang buatan manusia.
Saya amat menghormati Menteri Besar Kelantan yang hidup sederhana seperti orang kebanyakan walaupun beliau Menteri Besar. Alangkah bahagianya rakyat Malaysia jika semua pemimpin macam Nik Aziz.

No comments:
Post a Comment